Jan 27, 2011

Weekend Family ride

Kayuhan minggu ini mcm biasa di kawasan Kepala Bats Penang... sehingga Bukit Biru Pinang Tunggal Kedah.. Total Milleage.. 35km sahaja






















Dec 15, 2010

Kayuh Lasak 2010... Penang






Antara event yag paling tough dan established di Malaysia... Penutup tirai 2010... tirai 2011 akan dibuka dengan kayuhan Jerai Jamboree pada 16 Januari 2011

300 kaki nibong tebal ngan awa dan kawan-kawan.










Jun 19, 2010

Mesej dari Wan Azri (NTMBA 10 dan funride )

Info..
Kayuhan sambil menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi...segalanya ada disini..Anda pasti teruja dengan DownHill yg menjadi idaman & igauan setiap pengemar sukan berbasikal lasak.Daftar sekarang bersama kami untuk menyertai pengembaraan yg mendebarkan ini...
Daftar sekarang untuk menyertai kami bagi merentas sempadan 3 buah negeri P.Pinang, Kedah dan Perak. Semuanya dihidangkan bagi pengembaraan Nibong Tebal Adventure 2010- Darjah 2 di USM

Kami juga menjumput Tuan2 Hadir pada 26/6 pukul 8am untuk Hari Belia bersama kami untuk Fun ride (Percuma) dan juga membuka booth bagi pendaftaran NTMTBA10 di Stadium Batu kawan….Tolong forward kat kawan2 kita. ( sijil dan cabutan bertuah menanti anda ) Banyak lagi acara2 lain yg di sediakan…. mai jangan tak mai….

Jan 8, 2010

Peringatan Dari PDRM

Kayuh-kayuh pun kena pikir juga pasal keselamatan anak beranak kita kat rumah


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sep 17, 2009

Bila Hang Tuah gagal SPM...

Dah x dak aktiviti bulan posa ni boh pi la gambag hang tuah ni.. Kayuh kuat blajag pun kena kuat... maksudnya dunia akhirat.... jangan jadi hang tuah ni

Sep 4, 2009

ex-mpik

Semalam member lama maktab.. Rosli(John Boo) call aku maklum pasal blog exmpik... tekenang kembali zaman serabut nyok 20 tahun dulu. Satu zaman yang "happening" gila.. zaman membujur lalu melintang patah. Teringat kawan-kawan kolej MPIIK cheras. Masa tu dalam kepala pikir pasal seronok saja. Ta keluar maktab x pa.. dapat elaun cukup... Teringat aku kepada geng Mat's Melelong... member satu rumah (punk, fendi.saidi,jeelong,spark,john boo,NK,Man, Portchers,... aku).
Tengok la kalau ada masa nak check balik album lama-lama... kalu ada gambag boleh upload ke blog berkenaan

http://exmpik.blogspot.com

Jul 13, 2009

Dah lama x up date

Rasanya dah lama benar aku tak update blog ni.... Bukan apa la ni kalut dengan blog crossort xc.... Layan kawan-kawan... tapi tengok la kalau rajin . Kebanyakan aku punya perkembangan MTB aku letak dengan kengkawan dlm blog CrossORT. Blog ni lebih kepada personal punya aktiviti

Sebenarnya last time aku ni musician walaupun ada kerja tetap... Tapi pasal tebakar dengan sikap seorang kawan yang sama main muzik,(kawan yang tikam kawan dari belakang) minat aku terus mati...... Rasanya dalam 10 orang pemuzik hanya 3 orang yang boleh percaya... Itu pun kalau kita tengok dia rajin sembahyang. Kalau setakat baik budi bahasa x jadi... mungkin ada hikmahnya kejadian tu pada diri aku....

So aku punya kata -kata la ni... "MUSIC SUCK.. I'M GOING BIKING"

Jan 31, 2009

Benefits Of Cycling

Cardio exercises are gaining popularity day by day because of the many benefits that it offers to the individual. It makes your heart stronger, keeps your body toned, help in losing weight, increases blood supply and oxygen supply and above all is easy to perform.

There are different cardio exercise namely swimming, jogging, running, aerobics, cycling, walking, jumping and many more. Cycling is an effective and enjoyable exercise that will provide you with many benefits. These benefits are listed below:

1. Good for heart and health: Cycling is not only good for your health but for your heart as well. A good heart is the key to healthy life. With cycling the blood supply to the body is increased as well as your heart rate increases. It is because of this reason that heart diseases are reduced greatly or risk of having any is avoided to a greater extent. Risk of High blood pressure, diabetes and obesity is also reduced.

2. Weight loss: Cycling helps in burning excess fats resulting in weight lose. The energy that is required by the calories to burn is provided when you cycle regularly so make cycling a habit of yours!

3. Change in mood: Cycling, just like other forms of exercise, is known to release endorphin which is known to cause pleasure in you and thus wash away the bad mood. It is because of this that one feel relaxed and refreshed even after a heavy workout. With cycling you will feel positive change in your mood as well. Also, moderate exercises such as cycling are known for relieving stress or depression and helps in improving self-esteem and mood.

4. Strength and coordination is maintained: If you cycle regularly you will be less likely to get severe injuries such as fracture during a fall or if involved in an accident. According to research, cycling and other related exercises, that keeps one physically fit, when older are less likely to get hip fractures.

5. Fitness level improved: It is researched that even a small exercise can help in gaining fitness significantly. The strength of the legs is also improved with cycling regularly. As your strength of legs is increased, one is less likely to get injuries or fractures after a fall.

These are some benefits of exercising regularly. Just make sure to wear protective gears to avoid any injury in case of any accident.

Jan 29, 2009

Kayuhan Mesra Jitra 2009

Bertolak dari rumah jam 4.30 pg... Yg seronoknya member yg. bini dia tolong hantar pukul 4.15 pg. ke rumah aku kata apa tau...Dia kata "Abg lan tahu basikal punya pasal Man sanggup bangun kul 4.00 pg..kalu subuh jenuh gerak"... basikal punya penangan.. Aku senyum saja..Apapun yg lima waktu kena diutamakan. Itu yang membezakan kita dengan orang lain.. Pukul 6.00 pg sampai kat Jitra. Ramai yang dok port kat kedai nasi kandar... Sembahyang Subuh dalam stor.. penuh ngan tepung , parpu , bawang dll... x kisah janji kita bertemu denganNya dan berdoa semoga selamat kayuhan kita pada hari ni... Pendek cerita... tamat semua check point pd jam 11.15 pg ... kira ok la bg orang tua mcm. aku.. cabutan bertuah dapat minyak rantai setin ... OK la tu.. ingatkan nak dapat TV 29''... Gambar kayuhan tak banyak kali ni.. tu pun x sempat nak edit lagi

Jan 5, 2009

Koleksi imej terbaru..

Ini adalah sebahagian dari koleksi yang baru saya edit
BM Mountain cross 2008 dan Kayuhan warisan Taiping

Sila lawati :
http://picasaweb.google.com/mazawa

BM Mountaicross...

Lama dah aku tak jenguk blog aku ni... kira sekali harung la.... Cakap pasal Bukit Mertajam mountaincross 2008 .. ramai yang mengeluh. Banyak tolak basikal dari kayuh. Mungkin sebab terlalu ramai riders.. sedangkan kebanyakan tempat adalah single track. Dan lagi satu rasanya masa kenalpasti trek dia orang guna motocross bukan mountainbike... kebanyakan trek bukan untuk kayuhan rasanya... Goodies ntara terbaik pernah dapat.. tapi trek kurennng.. sebab pada aku kebanyakan yang kayuh ni kebanyakkannya nak enjoy bukan cari susah... especially yang dah berumur sikit

Kayuhan Perdana Tasek Gelugor ke Alor Setar

Dalam hujan renyai-renyai (3/01/09) kami mulakan kayuhan jam 8.45 pagi walaupun asalnya dijadualkan pada 7.15 pg. Mulanya ada 43 riders yang daftar nama tapi pada pagi sebenar hanya 34 saja yang muncul.. mungkin sebab hujan lebat awal pagi tadi.. atau ada hal lain. Diketuai oleh 2 orang sahabat yang akan cuba mengelilingi dunia dan memecahkan rekod yang sedia ada pada 5.5.09 nanti sebagai pendahulu. Lupa pulak ... kayuhan ni sebenarnya dianjurkan oleh UMNO bahagian Tasek Gelugor. Sepanjang kayuhan hari ni sangat-sangat enjoy, dengan support team dan kawalan polis yang baik. Sepanjang kayuhan semua riders sporting... kaki lawak pun ramai.. Setelah penat kayuh diberi pula kemudahan untuk rehat di KEMAS Alor Setar siap dengan bilik dan katil... Basikal balik dengan lori.. Kami pulak dengan bas ..... kalau ikut aku punya Velo 8 meter reader... jarak kayuhan ialah 105 km... lebih kurang la ... mana pulak nak pi lepas ni tak tau lagi...

Taiping Jamboree 2008

Alhamdulillah dapat habiskan... lebih kurang 71 km rasanya... Rasanya kalau nak habiskan satu-satu event yang penting mesti tanamkan tekad .. aku mesti habiskan ride kali ini... baru boleh. Kalu tak alamat la. Lagi satu kayuh ikut keupayaan(maklum la.. dah tua...) jangan ikut kawan. Kalau kawan kita tu macam kerbau, kita pula macam kambing.. jangan dok "gagah"(bahasa orang utara) yang penting habis... The best part dalam jamboree ni kita akan dapat kawan yang kadang-kadang kita tak sangka di tengah hutan...

Masalah Kejang Otot dah settle..

Nampaknya aku punya problem kejang otot dah OK.. Cuba cari punca dalam internet.rupanya kurang kalsiun dan vitamin D. So right now aku ambill vitamin dan pharmaton + minum susu anlene malam-malam. 2 jamboree yang kebelakangan ni nampak OK...

Aug 24, 2008

Kejang Otot

Sejak akhir-akhir ini selalu kejang otot. Mungkin ada kawan-kawan yang boleh bantu untuk atasi masalah ini ... Dah tua gamaknya

Kuala Kangsar Jamboree 2008

Trek cantik .. tak teruk sangat. Enjoy ride.. Cuma ketentuan Ilahi, Mak Saudara meninggal dunia terpaksa keluar pada cp2 itupun orang kampung yang bawa keluar

May 9, 2008

Main Health Benefits of Cycling Workout

10 minutes - Muscular system, circulation, joints
20 minutea - Strengthening imune system
30 minutes - Improved cardiac system
40 minutes - Improved stamina / Endurance capacity
50 minutes - Lower metabolism (Fat Metabolism)
60 minutes - Lower bodyweight
> 60 minutes - Anti stress, General well being