Jan 5, 2009

Kayuhan Perdana Tasek Gelugor ke Alor Setar

Dalam hujan renyai-renyai (3/01/09) kami mulakan kayuhan jam 8.45 pagi walaupun asalnya dijadualkan pada 7.15 pg. Mulanya ada 43 riders yang daftar nama tapi pada pagi sebenar hanya 34 saja yang muncul.. mungkin sebab hujan lebat awal pagi tadi.. atau ada hal lain. Diketuai oleh 2 orang sahabat yang akan cuba mengelilingi dunia dan memecahkan rekod yang sedia ada pada 5.5.09 nanti sebagai pendahulu. Lupa pulak ... kayuhan ni sebenarnya dianjurkan oleh UMNO bahagian Tasek Gelugor. Sepanjang kayuhan hari ni sangat-sangat enjoy, dengan support team dan kawalan polis yang baik. Sepanjang kayuhan semua riders sporting... kaki lawak pun ramai.. Setelah penat kayuh diberi pula kemudahan untuk rehat di KEMAS Alor Setar siap dengan bilik dan katil... Basikal balik dengan lori.. Kami pulak dengan bas ..... kalau ikut aku punya Velo 8 meter reader... jarak kayuhan ialah 105 km... lebih kurang la ... mana pulak nak pi lepas ni tak tau lagi...

No comments:

Mountain bike video

Loading...